Histeria. Satu penyakit lama, tetapi kini
sudah menjadi satu budaya di kalangan warga sekolah. Baru-baru ini
dilaporkan, gangguan histeria ini bukan sahaja berlaku di kalangan
pelajar wanita, malah turut dialami oleh pelajar lelaki dan guru-guru
wanita.
Histeria pada asasnya dikatakan berpunca daripada tekanan
perasaan. Apabila fikiran negatif menguasai mental seseorang itu, maka
daya penaakulan logik seseorang insan itu akan lemah, lalu mencetuskan
pelbagai persepsi yang mungkin dianggap luarbiasa, menakutkan dan aneh.
Ceramah,
kursus atau bimbingan berkaitan dengan pengawalan emosi berkaitan
dengan tekanan perasaan dan kemarahan perlu diwujudkan. Ini kerana,
tidak mustahil ada di kalangan kita yang tidak tahu cara untuk meredakan
tekanan. Akibatnya, orang lain mungkin menjadi mangsa melepas geramAktiviti yang dapat menggerakkan mental dan
fizikal seperti berjalan-jalan, melancong, pergi ke tempat yang baru,
bermain dan sebagainya mampu meredakan tekanan. Adakalanya kita tidak
perlu mengambil sesuatu perkara itu sebagai suatu yang serius.
Permusuhan, hasad dengki, dendam, benci, khianat, zalim dan pelbagai
lagi sikap mazmumah atau penyakit hati harus dijauhi.
Terapi Jiwa Menerusi Penulisan Blog
Budaya
meluahkan perasaan perlu diwujudkan. Bukan sekadar meluahkan perasaan,
tetapi juga berkongsi masalah peribadi, dan menyelesaikannya bersama
orang-orang yang dipercayai. Blog atau weblog merupakan satu cara yang
ajaib untuk menawar tekanan perasaan. Seseorang itu boleh menyamar atau
menggunakan nama samaran untuk meluahkan segala tekanan di hati. Pendek
kata, seseorang itu boleh menjadikan blog sebagai satu medan menulis
bahagian kehidupan negatif atau sisi gelapnya, meluahkan segala derita,
kesedihan dan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu perkara.
Namun,
seeloknya selepas meluahkan segala-galanya sisi gelap itu, si penulis
blog wajar membaca semula apa yang ditulis, bermuhasabah diri dan
kemudian menulis kesimpulan atau cadangan-cadangan yang dapat membantu
diri sendiri. Ini kerana blog kebiasaannya dapat dibaca umum, maka
segala tulisan yang pada awalnya ditulis dengan penuh perasaan dan
melepas geram kemungkinan boleh mempengaruhi sesetengah pembaca.
Justeru
setiap tulisan yang dibuat itu hendaklah ditambah dengan kesedaran atau
kesimpulan yang baik-baik. Sekiranya penulis gagal mencari
penyelesaian, maka wajarlah menulis sesuatu yang dapat membolehkan para
pembaca memberikan cadangan, sokongan moral dan sebagainya.
Saya
menyokong penuh usaha membuka blog beramai-ramai oleh
kaunselor-kaunselor dari sekitar negeri Selangor. Semoga anda semua
dapat membantu para penulis blog, dan pengguna internet untuk
menghilangkan tekanan, membantu menyelesaikan masalah peribadi dan
sebagainya. Siapa tahu, mungkin usaha anda itu dapat menyelamatkan satu
nyawa?
Histeria kerana buatan jin dan bunian?
Sementara
itu, histeria yang dialami oleh para pelajar dan guru di sebuah sekolah
yang berkenaan tempoh hari dikatakan disebabkan oleh gangguan Nenek
Kebayan atau bunian. Mungkin orang bandar ada yang kurang percaya dengan
kisah bunian ini, tetapi bunian atau makhluk halus ini wujud.
Memandangkan
kaum bunian ini mungkin sesuatu yang luar biasa dan aneh, maka tidak
menghairankan apabila ada di kalangan manusia, generasi hari ini, mudah
terkena histeria kerana takut. Ini sifat semula jadi kebanyaan benda
hidup, akan berasa takut apabila bertemu dengan sesuatu yang pelik.
Apa
yang boleh saya sarankan kepada para pembaca sekalian, jangan berasa
takut terhadap bunian. Mereka juga adalah makhluk seperti kita. Mungkin
kita tertidur di masjid pada waktu pagi, sebelum subuh dan dikejutkan
oleh bunian-bunian yang mahu solat berjemaah, maka jangan pula kita
menjerit atau terlaung-laung. Hormati mereka kerana mereka juga adalah
bangsa yang boleh berfikir seperti kita.
Kadangkala kita
ternampak di sebelah bilik kita, lembaga berbentuk manusia sedang
menunaikan solat, maka janganlah kita berasa takut kerana itu makhluk
halus yang beragama seperti kita.
Manusia pada zaman ini harus
diajar supaya dapat menerima kewujudan bunian. Kadangkala
bangunan-bangunan yang kita bina di kawasan hutan yang telah diteroka
itu dulunya adalah perkampungan bunian, dan kita boleh dianggap sebagai
bangsa yang 'menceroboh' tapak kediaman mereka. Maka hendaklah kita
berkelakuan baik dan jauhi sikap kurang ajar, biadap dan sebagainya
supaya tidak menyinggung perasaan jiran-jiran ghaib kita itu.
Mungkin
ramai di antara kita yang pernah melihat iklan surat khabar rekabentuk
baru Berita Harian. Ya, zaman dah maju, dunia dah berubah. Manusia pada
hari ini semakin biadab. Maka tidak mustahillah kita menimbulkan
kemarahan jiran-jiran ghaib kita. Menurut Muhammad Isa Dawud di dalam
bukunya mengenai kaum jin, dikatakan bahawa jin yang berusia 150 tahun
masih dianggap remaja.
Bayangkan dalam tempoh 150 tahun itu,
pelbagai perubahan yang telah dilihatnya. Perbandingan budaya dan adat
antara manusia dahulu dan sekarang, pasti adakalanya boleh menyinggung
perasaan. Manusia generasi dahulu tahu menghormati orang tua, tetapi
manusia pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang tidak lagi tahu
cara-cara menghormati orang tua.
Bak kata, seekor kerbau membawa
lumpur, habis semuanya terpalit. Seorang manusia menyinggungkan perasaan
jiran bunian kita, maka semua manusia dianggap sama. Kemungkinan
seperti ini boleh berlaku.
Kebiadaban kebanyakan generasi muda
hari ini juga boleh menjadi punca tekanan atau stres kepada manusia hari
ini. Guru stres di tempat kerja. Pelajar stres dengan sikap
kawan-kawan. Semua ini boleh menjadi faktor histeria.
Maka, salah
satu cara terbaik untuk menghindari stres dan histeria adalah kita
berusaha untuk menghormati orang lain. Seseorang yang mahu dirinya
dihormati hendaklah menghormati orang lain. Budi bahasa jambatan
kedamaian.
Kesimpulannya, stres dan histeria ini boleh jadi
berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Akibat perubahan budaya dan
sikap yang semakin negatif, manusia kini terpaksa menanggung akibatnya
melalui pelbagai penyakit mental. Stres masih boleh dihindari asalkan
manusia mahu mengikuti disiplin, tahu cara meluahkan perasaan dengan
betul dan saling hormat-menghormati sesama makhluk..
ni hny fakta,sebalik nye , , hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui nye . .
nodynz.blogspot,com
hak terpelihara
No comments:
Post a Comment